Sidang
dewan panas seketika tadi , apabila dewan dikejutkan dengan cadangan mantan
Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said, mencadangkan undi tidak percaya
terhadap Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Adun
Kijal membuat usul itu sebelum mengakhiri ucapan perbahasan Titah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Terengganu sebentar tadi.
Beliau
telah mengaitkan dengan Titah Tuanku Sultan sebagai alasan dan telah membaca undang-undang
tubuh kerajaan Negeri Terengganu didalam
perbahasan itu untuk menyokong usul yang
dibawanya.
Sehubungan
dengan itu Dato’ Yang Dipertua Dewan(YDP) Mohd Zubir Embong, menangguh sidang
dewan pada jam 1.15 tengahari dan akan di sambung jam 2.30 petang ini serta
membuat keputusan usul berkenaan.
Sementara
itu, beberapa inidivu yang ditemui disekitar Kuala Terengganu menyatakan usul
itu memang sudah dijangka oleh para veteran UMNO Terengganu.
Memandangkan
beberapa gerakkan yang telah disusun sebelum ini untuk menjatuhkan Ahmad Razif
dari tapuk pimipinan negeri kerana telah banyak menaikkan semangat dan sokongan
rakyat kepada UMNO dan kerajaan.
Malahan
menurut individu veteran yang ditemui penulis, gerakkan itu mula digerakkan
oleh mereka yang berada dalam UMNO itu sendiri yang mana orang-orang kanan
kepada mantan Menteri Besar tersebut.
Mereka
ini masih aktif dalam UMNO untuk menarik ahlinya mengikut setiap gerak kerja yang
diatur sebagai balasannya nanti akan menerima imbuhan dalam apa jau bentuk
kewangan atau harta benda.
Matlumat
itu sudah lama dihidu oleh kepimpinan UMNO Terengganu dan tidak menjangkakan
perkara itu berlaku secepat ini.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !