Tindakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,
Mas Ermieyati Samsudin hari ini melantik Ketua Pergerakan Puteri UMNO
bahagian Besut penganti sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu adalah
satu tindakan yang tidak wajar.
Beliau mengeluarkan surat perlantikan kepada
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Besut tetapi tidak mengeluarkan surat
perlucutan jawatan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, Rozita
Ismail.
Malahan tindakan Kp3 Pusat tidak merujuk kepada
Ketua-Ketua bahagian di Terengganu dan membuat keputusan sendiri, malahan
khabar berita mengatakan majoriti Ketua UMNO Bahagian di Terengganu ada yang
menghantar momeurendum agar mengekalkan KP3 Terengganu tapi tidak di endahkan
KP3 Pusat.
Tindakan Ermi ini seperti ada pakatan untuk
mensabotaj Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, dan apa lebih menyedihkan di
lakukakan ketika UMNO Terengganu baru selesai kemelut Sidang Dewan Undangan
Negeri.
Di kala Dato' Seri Ahmad Razif memerlukan
sokongan semua pihak, Ketua Puteri UMNO Malaysia pula mengatur stratergi untuk
merosak Pergerakan Puteri UMNO Terengganu.
Malahan tiada alasan KUKUH kenapa Ketua
Pergerakan Puteri UMNO Terengganu sedia ada di pecat, tanpa sebarang surat atau
notis, sedangkan Rozita Ismail ini merupakan seorang Ustazah dan masa peribadi
beliau banyak di korbankan bagi program-program Pergerakan Puteri UMNO.
Malahan sebelum berlaku berlaku pemecatan ini,
Rozita Ismail telah mendapat sokongan majoriti setiap Ketua Pergerakan Puteri
UMNO bahagian di Terengganu.
Tetapi ada di kaitkan wujud kumpulan yang
bersama ermi daripada kumpulan yang bukan Pro kepada Presiden UMNO Malaysia,
Dato Seri Najib dan Ermi sendiri banyak mengunakan media pro TUN Mahathir bagi
melagakan kalangan Puteri-Puteri UMNO untuk survival kedudukan beliau.
Sumber : GEMPUR PU3 MALAYSIA.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !