Kuala Terengganu : Pesuruhjaya PAS Terengganu, Sahtipu Bahri Mamat mengadakan sidang media berkaitan isu dalaman UMNO yang sedang berkocak.
Sahtipu juga adun Paka berkata, UMNO jangan libatkan masalah dalaman dengan rakyat kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada negeri-negeri lain terhadap Terengganu.
Menurut Sahtipu, pergolokkan UMNO terutama krisis diantara YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said itu boleh memberi kesan kepada rakyat.
"Kita tidak mahu gajah yang bergaduh, anjing dipijaknya,
"UMNO dinasihatkan agar mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan,
"Negeri ini mempunyai sistem perlembagaan ber RAJA dan jalan penyelesaian masalah itu perlu dibubarkan dewan undangan negeri (DUN)," ujurnya.
Sementara itu Sahtipu mahu rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan kerana PAS mahu mengambil alih pemerintahan secara demokrasi.
"Kita akan menggunakan cara yang sah sahaja untuk mentadbir dan kita tidak sama sekali menggunakan cara yang kotor seperti mana berlaku di Perak satu ketika dahulu," katanya.
Home »
» PAS Samakan Rakyat (Pengundi) Dengan Anjing - Sidang Media
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !