Headlines News :
Home » , » BUBAR Atau TIDAK : Artikel Ghaib Dari Bacaan Natizen???

BUBAR Atau TIDAK : Artikel Ghaib Dari Bacaan Natizen???

Written By jamilah on Thursday, 24 March 2016 | 12:18:00 pm

Artikel yang dikeluarkan oleh blogger tersohor negeri Terengganu yang juga mantan Editor Berita Mingguan Watan Zabidi Saidi yang bertajuk "Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?" telah memberi impak yang kurang sihat dalam politik Terengganu.

Dalam kesibukan Ahmad Razif Abd Rahman mebuka ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga dan juga pembekal anak jati negeri Terengganu untuk terus melebarkan empayar perniagaan mereka di Angsana Mall Johor Bahru.

Tiba-tiba viral satu artikel yang agar memberi kecelaruan politik dalaman negeri itu dan terbaru sebaran whatsapp menyatakan mantan MB Teganu akan membuat sidang media perkara berkenaan pada 25 Mac 2016.

Lokasi sidang media itu masih belum diketahui sama ada dibuat di bumi teganu atau di Ibu Kota Kuala Lumpur?



Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.


Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.

Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan.

Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

Oleh Zabidi Hj Saidi 
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

My Portal List

My Blog List 2

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Suara Bumi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template