PUAN ARLINA ROSLI YANG KAMI KENALI
Kami cukup sedih dan kesal tuduhan serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepada Puan Arlina binti Dato' Rosli, Ketua Puteri UMNO Bahagian Dungun merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Terengganu.
Politik adu domba dan tuduh-menuduh perlu dihentikan segera. Jika tidak, UMNO terjerumus ke dalam kacah politik yang jijik.
Puan Arlina yang kami kenali, bukan seorang yang buruk sifat kepimpinannya. Pemilihan beliau sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian merupakan satu anugerah buat golongan muda wanita dalam UMNO.
Kepimpinan yang berdedikasi dan peka kepada masalah akar umbi di cawangan-cawangan melayakkan beliau dipilih sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Negeri.
Tidak hairanlah beliau dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek.
Walaupun sibuk dengan tugas di Kuala Lumpur, komitmennya kepada Puteri UMNO Dungun tidak pernah diabaikan. Semua program parti dan mesyuarat di peringkat bahagian dan negeri, beliau sentiasa memberi komitmen.
Program 'Pink Power' dan gerak kerja daftar pemilih sering mendapat pujian. Menurut rekod, Puteri UMNO Dungun antara keahlian tertinggi di Malaysia. Syabas Puan Arlina!
Bukan itu sahaja, program Transformasi Orang Muda (TOM) yang dilancarkan di peringkat negeri sebelum ini merupakan cetusan idea daripada beliau. Kami orang muda di Dungun sangat kagum.
Hubungan baik Puan Arlina dengan kepimpinan tertinggi Puteri UMNO peringkat pusat bukti beliau boleh pergi jauh dalam politik. Walaubagaimanapun, kecaknaan beliau kepada Puteri UMNO di akar umbi tetap menjadi keutamaan.
Walaupun tiada peruntukan diberikan oleh Puteri UMNO Negeri dan UMNO Bahagian Dungun, Puan Arlina gigih berusaha mencari dana untuk diagihkan kepada Puteri UMNO di cawangan-cawangan di Dungun. Kami cukup bertuah.
Sebab itulah, apabila timbul tuduhan-tuduhan kepada Puan Arlina, hati kami cukup tersentuh beliau diaibkan sedemikian rupa.
Walau apapun persepsi yang terjadi hari ini, kami sentiasa berdiri teguh memberi semangat dan sokongan kepada Puan Arlina untuk terus memimpin Puteri UMNO Dungun.
Sekian,
Hidup Puteri UMNO Dungun!
Gabungan Ketua Puteri UMNO Cawangan
DUN Rantau Abang
UMNO Bahagian Dungun
12 Mac 2016
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !