Sudah dijangka apa yang
bakal mantan Menteri Besar Terengganu lakukan apabila Sidang DUN negeri
Terengganu dibuka semula. Cuma kali ini rakyat Terengganu dikejutkan dengan
usul tidak percaya kepada YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman
yang telah dibawa oleh Mantan MB juga merupakan adun Kijal dari Barisan
Nasional.
Kenapa rakyat Terengganu terkejut? Masakan
tidak, negeri berkenaan sentiasa berada dalam keadaan stabil dari segi
politiknya, walaupun kedudukan kerajaan yang memerintah, hanya mendapat
majoriti mudah sahaja di Terengganu.
Dalam pada itu, terdapat satu berita yang cukup
menggemparkan, dimana sehari sebelum usul ini dibentangkan di Sidang DUN, salah
seorang pengkhianat UMNO, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berada di
Terengganu untuk bertemu beberapa pihak yang dilaporkan tidak sehaluan dengan
Dato’ Seri Ahmad Razif.
SIAPAKAH yang menjadi penasihat undang-undang
kepada adun Kijal dan menyokong beliau membawa usul berkenaan ke dewan DUN
Terengganu.
Tidak cukup dengan 'aksi mereng' Mat Said, Ketua
Puteri Malaysia pula tiba-tiba dilihat umpama orang latah. Isu pertukaran Ketua
Puteri Terengganu pula menyusul di dalam politik Terengganu. Kenapa?
Persoalan lain, kenapa tindakan Ketua Puteri
Malaysia dilihat seperti dalam keadaan terdesak "menyambung" cerita
gila Mat Said?
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !